Saturday 5 November 2016

Menakutkan.. Detik-detik Terakhir Gadis Di Sambar Kilat Di Sao Paolo! Sesiapa yg Lemah Semangat Dilarang Tengok

loading...


Seorang wanita terbunuh serta merta sebaik sahaja beliau disambar kilat di sebuah pantai di Sao Paolo, Brazil.
Insiden yang berlaku ketika Rosangela Biavati, 36 yang pada ketika itu sedang berlari ke gigi air ke arah anak lelakinya yang sedang mandi di pantai tersebut pada waktu itu.

Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.



Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum disahkan sudah meninggal dunia.
Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.



Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.
Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk.


EmoticonEmoticon